Saturday, 23 March 2013

golongan yang tidak akan masuk ke dalam syurga

Dari Abu Musa Al Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda:”Tiga orang yg tidak akan masuk syurga ialah penagih arak, orang yg memutuskan silaturrahim dan orang yang mengunakan sihir. Sesiapa mati dalam keadaan minum arak, maka kelak akan diberi minum oleh Allah air sungai ghauthah. Ketika Rasulullah ditanya tentang sungai tersebut, baginda menjawab, iaitu sungai yg mengalir dari kemaluan para perempuan penzina, yang berbau busuk dan mengganggu para penghuni neraka.” (HR. Ibnu Hibban)

Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Empat orang yangg berhak bagi Allah untuk tidak memasukkannya ke syurga dan tidak akan dirasai nikmatnya iaitu penagih arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan orang yang derhaka kepada ibu bapanya.” (HR. Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan orang yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )

Nabi saw. bersabda, “Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga." (HR. Bukhari)

Nabi saw. bersabda, “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” (HR. Muslim)


Bertaubatlah sebelum terlambat ! 

Wallahu 'alam.

Rainbow Segmen




Assalamualaikum...tak jawab dose! Hahaha...i know korang tengah jawab dlm aty kan..kan..ni first time aq join segmen and ni post pertama aq...harap2 dptlah menang kan..



KLIK BANNER UTK JOIN

TAMAT: 27 MAC 2013
#ihopei-win..